Rawatan Kami

Tampalan

Prosedur menutup/menampal lubang pada gigi menggunakan bahan
tampalan

Cuci

Pembersihan rutin menghilangkan pengumpulan plak dan karang gigi

Cabutan

Prosedur mencabut/membuang gigi yang telah rosak/mati

Rawatan akar

Rawatan mencuci salur akar gigi yang telah dijangkiti kuman. Rawatan ini mampu mengelakkan gigi daripada dicabut

Gigi palsu

Menggantikan gigi yang dicabut/hilang dengan gigi plastik/arkrilik. Gigi palsu
boleh dipakai dan ditanggalkan oleh pesakit

Composite veneer

Melekatkan bahan tampalan pada permukaan depan gigi, bertujuan untuk menutup lubang gigi yang besar & menutup ruang gigi yang jarang

Pemutih gigi

Prosedur memutihkan warna gigi dengan menggunakan gel ‘phosphoric acid’
yang berkepekatan tinggi

Braces

Membetulkan susunan gigi yang berlapis, merapatkan gigi yang jarang

Kenali Doktor Gigi Kami

Dr. Wan Husna Izni binti Wan Hussin

Bachelor of Dental Surgery / Sarjana Muda Pembedahan Pergigian 

Pengalaman

2018 hingga 2021 – Doktor gigi di Klinik Pergigigian Jerteh

2020 hingga 2021 – Doktor gigi lokum di Klinik Pergigian Al-Fateh, Kota Bharu

2020 hingga 2020 – Doktor gigi lokum di Klinik Pergigian AmalMedik, Kota Bharu

2022 hingga sekarang – Doktor gigi di Klinik Pergigian Safwa Kota Bharu

Dr. Nadhrah binti Nadzri

Bachelor of Dental Surgery : Dentistry

Pengalaman

2018 hingga 2021 – Doktor gigi am di Klinik Pergigian Manir, Kuala Terengganu

2020 hingga 2021 – Doktor gigi lokum di Klinik Pergigian Swasta, Kuala Nerus, Terengganu

2021 hingga 2022 – Doktor gigi am di Jabatan Maksilofasial Oral di Hospital Umum Sarawak, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kuching, Sarawak

2022 hingga sekarang – Doktor gigi di Klinik Pergigian Safwa Dungun

Dr. Norhanis binti Mat Nor

Bachelor of Dental Surgery

Pengalaman

2017 hingga 2018 – Pegawai pergigian di Klinik Pergigigian Permaisuri, Setiu

2019 hingga 2022 – Pegawai pergigian di Klinik Pergigian Seri Langkap, Setiu

2022 hingga sekarang – Pegawai pergigian di Klinik Pergigian Safwa Kuala Terengganu

Dr. Muhammad Haikal
bin Zainudin

Bachelor in Dental Surgery

Pengalaman

2017 hingga 2019 –  Klinik Pergigian Jeram Tekoh

2019 hingga 2022 – Klinik Pergigian Jerteh

2022 hingga 2023 – Klinik Pergigian Jeli

2023 hingga 2024 – Klinik Pergigian Safwa Kota Bharu

2024 hingga Sekarang – Klinik Pergigian Safwa Tumpat

Cawangan Kami

Pengenalan

Klinik Pergigian Safwa mula diperkenalkan pada 01 Januari 2022 dengan pembukaan Klinik Pergigian Safwa Kota Bharu. Dengan kapasiti 1 orang doktor & 3 orang staff, Klinik Pergigian Safwa Kota Bharu telah menerima hampir 2,000 orang pesakit pada tahun pertama penubuhan.

Klinik Pergigian Safwa terus berkembang dengan penubuhan 3 cawangan pada tahun 2023 iaitu, Klinik Pergigian Safwa Seberang Takir, Klinik Pergigian Safwa Dungun & Klinik Pergigian Safwa Durian Burung.

Pada tahun 2024, Klinik Pergigian Safwa terus berkembang dengan membuka 2 cawangan terbaru iaitu Klinik Pergigian Safwa Jelawat & Klinik Pergigian Safwa Tumpat.

Sehingga kini, Klinik Pergigian Safwa telah mempunyai 5 cawangan. Kami berjanji akan terus memberi khidmat yang terbaik buat seluruh pesakit kami.

Daftar untuk dapatkan tips penjagaan gigi

Terima kasih kerana percaya kepada servis kami

Scroll to Top
Open chat
1
Ada Pertanyaan?
Selamat Datang ke Klinik Safwa! Boleh kami bantu?