Klinik Safwa telah mengadakan Promgram Outreach PeKa B40 pada 26 Ogos 2022 yang bertempat di Masjid Mukim Panji. Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) adalah satu inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah, dengan memberi fokus terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD).