SINDROM TOURETTE

APAKAH SINDROM TOURETTE?

Sindrom Tourette merupakan gangguan neurologis bawaan lahir yang membuat penderitanya melakukan gerakan atau suara secara berulang tanpa bisa dikendalikan. Dalam erti mudah sindrom ini merupakan masalah saraf yang diwarisi sejak usia kanak-kanak yang muncul dalam bentuk beberapa kenan fizikal, dan sekurang-kurangnya satu kenan vokal.

Fakta Menarik Sindrom Tourette(TS) :

  • Penyebab TS ini tidak diketahui dan mungkin disebabkan genetik
  • Sindrom ini boleh dihilangkan dan jjuga tidak dapat dihilangkan
  • TS sering dikaitkan dengan kanak-kanak yang berusia  2-15 tahun dan kanak-kanak lelaki paling banyak mengalami sindrom ini berbanding kanak-kanak perempuan
  • Coprolalia iaitu  (bersumpah secara tidak bersuara) jarang dialami hanya 20% penyakit TS yang mengalaminya.
  • TS ini juga akan mengalami keadaan seperti ADHD, OCD dan kecelaruan keresahan

Antara gejala yang dialami Sindrom Tourette :

Penghidap Sindrom Tourette ini sering kali disalah anggap oleh masyarakat luar kerana tabiatnya yang sering kali matanya berkelip-kelip serta mendengus dengan cara yang mengganggu. TS ini bukanlah sindrom yang berbahaya tetapi jika sindrom ini semakin parah, terdapat cara untuk mengatasinya, iaitu :

  • Psikoterapi

-seperti hipnosis, meditasi, teknik pernapasan atau relaksasi

  • Ubat-ubatan

-seperti antipsikotik (misalnya haloperidol), antidepresan, suntik botox, atau obat antikonvulsan.

  • DBS (deep brain stimulation)

-penggunaan elektroda yang ditanam ke dalam otak penghidap

Ramai dikalangan masyarakat tidak sedar akan sindrom ini terutamanya dikalangan orang yang terdekat malah bagi yang masih tidak mengetahui, penyanyi Billie Eilish yang semakin meningkatkat namanya dalam industri muzik turut mengalami TS.

Billie Eilish

Oleh itu, Sindrom Tourette ini bukanlah sesuatu yang memalukan dan bagi masyarakat yang tidak arif mengenai sindrom ini tidak seharusnya memandang aneh akan penghidap malah cuba untuk memahami mereka agar mereka tidak rasa tertekan dan dipandang rendah. Sekian.

Kongsikan Pedapat Anda

Open chat
1
Ada Pertanyaan?
Selamat Datang ke Klinik Safwa! Boleh kami bantu?