PANDEMIK BLACK DEATH DI CHINA

Jika dunia masa kini dilanda dengan pandemik Covid-19, maka pada masa dahulu, dunia juga telah dilandai dengan pandemik yang dikenali sebagai Black Death. Persamaan bagi kedua-dua pandemik ini ialah kedua-duanya datang dari negara China dan ianya terus menular ke Eropah melalui Jalur Sutra pada 1347. Malah Black Death yang dilanda di negara Afrika Timur pada abad ke-15 turut disebabkan oleh rombongan kapal Laksamana Cheng Ho tahun 1409.

Covid-19
Black Death (1347)

Penularan wabak Black Death ini adalah melalui bakteria yang dipanggil Yersinia Pestis yang terdapat pada tikus-tikus hitam

Bakteria Yersinia Pestia
Tikus Hitam

Wabak ini merebak melalui jenis-jenisnya yang dipanggil Bubonic plague serta Pneumonic plague. Melalui Bubonic plague, ia ditandai dengan pembesaran kelenjar getah beningĀ  pada lipat paha, ketiak, atau leher yang berukuran sebesar telur ayam. Manakala bagi Pneumonic plague, mereka akan didatangani dengan batuk darah, sesak nafas, mual dan muntah, demam tinggi, pusing, serta tubuh terasa lemas.

Apabila kedua-dua simptom ini mucul, maka ia akan terus merebak ke seluruh badan sehingga ia menjadi hitam sepenuhnya sehingga mendatangkan maut.

Bobonic Plague

Ramai yang tidak tahu, tetapi baru- baru ini wabak tersebut telah muncul di derah Bayan Nur, Mongolia akibat memakan daging marmot yang diburu. Sebanyak 146 individu telah dikuarantin disebabkan ini. Sama seperti Covid-19, wabak ini juga tiada vaksinnya yang tersendiri, tetapi individu yang mengalami simptom-simptom diatas boleh mendapatkan rawatan secepat mungkin.

Kongsikan Pedapat Anda

Open chat
1
Ada Pertanyaan?
Selamat Datang ke Klinik Safwa! Boleh kami bantu?