Klinik safwa telah mengadakan Program PeKa B40 pada 29 Julai 2022 bertempat di Masjid Al-Husna, Kg Baung Bayam. Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) adalah satu inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah, dengan memberi fokus terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD).