CYST OVARI MEMBAHAYAKAN PARA WANITA

Apabila menyebut sahaja cyst, para wanita di luar sana akan menggeruni perkataan tersebut. Cyst ovari merupakan ketumbuhan tidak normal yang mengandungi cecair di dalamnya. Dalam erti mudah, ia boleh diibaratkan seperti jerawat di dalam sistem pembiakan.

Punca yang menyebabkan cyst ovari ini boleh dikaitkan dengan sista ovary yang terbentuk kesan dari fungsi normal kitaran haid. Ini dikenali sebagai sista berfungsi.

Simptom-simpton cyst ovari boleh dikenal pasti dengan cara :

Kesakitan Pelvik
– Kesakitan yang tumpul serta boleh merebak ke belakang dan paha anda

Kembung perut yang tak terkawal
– Kebiasaannya bengkak dan kembung merupakan tanda yang jelas bagi cyst ovary

Perut akan berasa penuh dan kenyang
– Bahagian perut akan berasa berat

Ingin terkencing sepanjang masa
– Cyst ovari ini akan menolak pundi kencing sehingga anda kerap ingin terkencing

Sakit semasa melakukan intercourse
– Jika berasa sakit semasa melakukannya, ia juga merupakan petanda anda mempunyai cyst

Cyst ovari ini boleh dikurangkan kesakitannya dengan cara :

Ubat-ubatan
– Ubat tahan sakit

Mengurangakan berat badan
– Dengan menurunkan berat badan, cyst dapat dikecutkan

Menjaga diet pemakanan
– Penjagaan pemakanan dapat mengurangkan risiko cyst

Langkah yang disarankan ini hanyalah bagi menahan kesakitan yang terlampau, jika anda tidak dapat lagi mengawal kesakitan tersebut, anda digalakkan berjumpa dengan doktor dengan segera. Oleh itu, jika anda mempunyai simpton-simpton seperti diatas, segeralah ke klinik berdekatan.

Klinik Safwa juga menyediakan perkhidmatan Scan Ultrasound Cyst,abdomen,batu karang dan ibu mengandung yang dilakukan oleh Pakar Sonographer yang berpengalaman. Anda boleh hubungi Klinik Cawangan Safwa  yang berdekatan anda unuk buat temujanji. 😊

Kongsikan Pedapat Anda

Open chat
1
Ada Pertanyaan?
Selamat Datang ke Klinik Safwa! Boleh kami bantu?