
Bagi para ibu di luar sana, anda mesti tertanya-tanya apakah perbezaan diantara susu ibu dan susu formula untuk diberikan kepada bayi. Ini antara perbezaannya :
Breast Feeding – Semulajadi, selamat dan segar dari badan ibu – Mempunyai penambah imuniti untuk anak -Membantu tumbesaran anak -Mempunyai kalori yang cukup bagi perkembangan bayi. -Mempunyai enzim & bakteria baik untuk pencernaan bayi. | FORMULA FEEDING – Diperoleh dari proses makanan – Tidak ada enzim dan bakteria baik |
Dari segi nutrisi dan khasiat pula, ini perbezaanya :
Breast Feeding – Mempunyai Omega 3, DHA serta AA – Kaya dengan protein kasein dan whey – Terdapat laktoferin untuk system pencernaan – Tinggi dengan laktosa – Terdapat pelbagai vitamin dan mineral serta zat besi,zink dan kalsium -Kaya dengan hormon prolaktin, oksitosin dan thyroid – Mempunyai enzim seperti lipase dan amilase | FORMULA FEEDING – Mempunyai DHA dan AA yang diperoleh dari susu lembu @ kambing – Terdapat sesetengh susu formula tidak mempunyai laktosa – Tidak mempunyai kolesterol dan hormon – Hanya segelintir susu formula mempunyai selenium |
Perlu diingatkan bahawa sebelum memberikan susu formula kepada bayi anda, minta nasihat terlebih dahulu daripada doktor kerana terdapat sesetengah bayi alergi akan protein yang terdapat di dalam susu formula.