BAYI TERSEDAK SUSU JANGAN AMBIL MUDAH!!

Keadaan bayi tersedak susu adalah perkara yang tidak sepatutnya diambil remeh kerana ia boleh mendatangkan maut kepada bayi tersebut. Keadaan bayi tersedak susu ini adalah dimana susu termasuk ke dalam saluran pernafasan dan seterusnya ke dalam paru-paru menyebabkan masalah pernafasan dan juga boleh menyebabkan bayi berhenti nafas.

Faktor Berlaku Bayi Tersedak Susu :

1. Posisi bayi yang tidak betul

– Posisi yang salah boleh menyebabkan susu akan memasuki paru-paru dan dalam masa yang sama akan menghalang saluran pernafasan lalu menyebabkan bayi tersedak dan lemas.

2. Injap tidak matang

– Kebiasaanya ia terjadi kepada bayi yang berusia berusia empat bulan ke bawah dan berada dalam keadaan terbaring.

3. Proses menyusu tidak betul

– Hal ini kebiasaannya melibatkan ibu atau pengasuh yang membiarkan anak- anak memegang botol susu dengan sendiri.

– Sebaiknya elakkan bayi meminum susu dalam keadaan terlentang dan lebih baik jika memangku bayi dalam keadaan kepalanya lebih tinggi dari perutnya agar memudahkan proses penghadaman.

4. Tidak sendawa selepas menyusu

– Pastikan anak anda sendawa terlebih dahulu selepas disusui agar angin keluar dan memastikan bayi tidak muntah ketika tidur.

– Untuk sendawakan bayi, cara yang betul haruslah dilakukan dengan betul

Antara Tanda Bayi Tersedak Susu :

– Hisapan susu menjadi lemah
– Batuk-batuk
– Muka bayi menjadi merah atau kebiruan
– Bayi bernafas laju seperti sukar untuk menyusu

Cara Elakkan Bayi dari Tersedak Susu :

– Elakkan menyusu bayi yang sedang menangis dan meronta-ronta, sebaliknya tunggu bayi tersebut tenang dan diam.
– Kepala bayi haruslah ditinggikan sedikit dan elakkan menyusu bayi secara berbaring terlentang.
– Bagi bayi yang menggunakan botol susu, saiz puting haruslah dititikberatkan
– Elakkan bayi menyusu sendirian jika menggunakan botol
– Jika menyusu badan, pastikan ibu tidak tertidur dan membiarkan puting di dalam mulut bayi.
– Bayi yang kerap tersedak digalakkan berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut

Jika berlaku kecemasan bayi tersedak susu secara tiba-tiba, ikutilah langkah berikut :

1. Menggunakan lengan, posisikan kepala dan muka bayi menghala ke bawah, dengan sokongan paha.
2. Pastikan torso bayi lebih tinggi daripada kepala
3. Tepuk bahagian belakang, antara tulang belikat bayi menggunakan tapak tangan sehingga lima kali.

4. Seterusnya,  pusingkan bayi sambil terus menyokong kepala lehernya.
5.  Jika objek masih tidak keluar dari laluan pernafasan, tekan bahagian dada atau tengah-tengah sternum menggunakan 2 atau 3 jari dengan cepat sehingga 5 kali.

Oleh itu, para ibu bapa tidak seharusnya mengambil mudah dalam hal berkaitan bayi tersedak susu. Statistik juga telah menunjukkan berlaku peningkatan dalam kes ini akibat kelalain orang dewasa. Kita sebagai orang dewasa haruslah lebih peka dengan keadaan sekeliling terutamanya melibatkan darah daging sendiri.

Kongsikan Pedapat Anda

Open chat
1
Ada Pertanyaan?
Selamat Datang ke Klinik Safwa! Boleh kami bantu?