Ramai orang tidak sedar bahawa kerap korek telinga ini boleh mendatangkan bahaya dan memberi kesan buruk kepada bahagian lain.
Terdapat 5 sebab kita perlu tahu bahayanya kerap korek telinga :
- Ia boleh menolak tahi telinga lebih jauh ke dalam dan berisiko tersumbat tahi telinga.
- Boleh sebabkan iritasi kepada dinding laluan lubang telinga
- Merosakkan gegendang
- Boleh terkena jangkitan disebabkan cotton bud ataupun pengorek besi yang terdedah
- Cotton bud yang digunakan mungkin tertinggal di dalam gegendang dan menyebabkan tersumbat.

Info Tambahan :
FUNGSI TAHI TELINGA :
- Membentuk lapisan asid yang penting untuk mencegah jangkitan kuman bakteria dan fungus.
- Ia mengandungi lapisan lipid, bersifat hidrofobik dan mencegah terlalu banyak air meresap ke salur telinga.
- Menghalang segala kotoran dan bendasing luar masuk ke telinga.
HANYA BUANG APABILA :
- Mengalami masalah kurang dengar.
- Sakit akibat tahi telinga yang terlalu keras.
CARA ATASI MASALAH :
- Jalani pemeriksaan telinga
- Doktor memberikan ubat titis telinga jika tahi telinga terlalu keras.
- Di klinik, doktor akan bersihkan telinga dengan kaedah selamat dan kurang risiko kecederaan.
- Rujuk klinik pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) jika perlu