APAKAH ANTIBIOTIC RESISTANCE ?

Antibiotic Resistance ataupun kerintangan antibiotik merupakan ketidakberkesanan sesuatu antibiotik untuk membunuh dan merencat pembiakan bakteria. Hal ini berlaku disebabkan kebolehan bakteria mengadaptasi sebagai satu cara kemandirian spesis mereka.

Kerintangan antibiotik ini tidak seharusnya diambil mudah kerana ia turut menimbulkan pelbagai penyakit, antaranya :

  • Methicillin-resistant Staphylococcus aureus (MRSA)
  • Multi-drug-resistant Mycobacterium tuberculosis (MDR-TB)
  • Carbapenem-resistant Enterobacteriaceae (CRE)

Antibiotic Resistance ini boleh dikurangkan dan dilambatkan dengan cara :

  • Mengambil antibiotik hanya untuk penyakit yang perlu sahaja.
  • Tidak mengambil antibiotik secara berlebihan dan sebaliknya
  • Melengkapkan tempoh masa rawatan antibiotic
  • Mengelakkan berkongsi ubat dengan pesakit lain kerana tidak semua pesakit memerlukan antibiotik.
  • Jangan gunakan saki baki ubat antibiotik yang telah tidak digunakan.
  • Lebihan ubat antibiotik janganlah dibuang merata sebaliknya serahkan kembali kepada pihak farmasi

Kerintangan antibiotik ini tidak seharusnya diambil mudah kerana ia merupakan masalah serius. Apabila kerintangan antibiotik ini dikesan, semakin kuranglah pilihan antibiotik untuk dipilih. Oleh itu, berhati-hatilah dengan penggunaan antibiotic anda.

Kongsikan Pedapat Anda

Open chat
1
Ada Pertanyaan?
Selamat Datang ke Klinik Safwa! Boleh kami bantu?