NAK MERANCANG KELUARGA PERLU TAHU INI DAHULU

Perancangan keluarga sememangnnya sesuatu yang penting kepada sesetengah keluarga kerana ia merupakan pilihan pengawalan kepada bilakah masa yang sesuai untuk mempunyai anak, jarak kehamilan dan berapakah bilangan yang di ingini oleh pasangan tersebut. Kita sebagai manusia tidak mampu melawan takdir tetapi kita juga mampu ikhtiar untuk mencegah perkara tersebut.

Terdapat beberapa pendapat bercanggah mengenai isu ini kerana ia dianggap tidak mensyukuri nikmat, akan tetapi kita perlu faham bahawa tidak semua mempunyai kemampuan malah menurut para ulama juga ia adalah diharuskan. Sebagai contoh, seorang wanita itu mempunyai tahap kesuburan yang tinggi walhal tubuh mereka mereka memerlukan rehat diantara jarak anak pertama dan kedua. Bukan itu sahaja, perbelanjaan yang besar terpaksa diperuntukkan untuk membesarkan anak-anak pada permulaannya.

Family planning ini terdapat kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Antaranya ialah :

KEBAIKAN :

  • Dapat menentukan hak bilangan dan jarak anak
  • Dapat mencegah risiko kesihatan yang berkaitan dengan kehamilan para wanita
  • Dapat mengurangkan kematian ibu dan bayi akibat kehamilan
  • Membantu pengurusan kewangan keluarga

KEBURUKAN :

  • Bagi yang tidak terbiasa dengan kaedah yang digunakan, mereka akan mengalami kesan sampingan seperti pertambahan berat badan, sakit kepala, pening kepala dan juga mual.
  • Bagi kes yang serius, mereka akan mengalami kesan sampingan yang sangat teruk seperti strok, penggumpalan darah dan juga ectopic pregnancy.

Terdapat beberapa kaedah yang boleh dilakukan bagi yang inginkan perancangan keluarga mereka berjalan dengan lancar. Tetapi perlu diingat bahawa terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira sebelum memilih kaedah perancangan kelurga. Antaranya ialah :

  • Umur wanita
  • Taraf kesihatan
  • Keberkesaanan kaedah
  • Sejarah obstetrik dan ginekologi lepas

Selepas melihat faktor yang sesuai, barulah anda boleh memilih kaedah perancangan keluarga yang sesuai dengan diri sendiri. Antara kaedah perancangan keluarga yang sedia ada ialah :

    KAEDAH SEMULAJADI– Kaedah masa subur
– Suhu badan asas
– Kaedah cairan dan lendiran faraj
– Kaedah gabungan
– Kaedah tanpa haid tempoh penyusuan
  KAEDAH HALANGAN– Kondom
– Topi servik
– Diafram
  HORMON– Pil
– Implan
– Suntikan
ALAT DALAM RAHIM– IUCD
KAEDAH KEKAL– Ikatan tiub fallopian/Peranakan
– Pembedahan mengikut saluran mani lelaki

Di KLINIK SAFWA, kami menyediakan ,suntikan dan alatan untuk mencegah kehamilan seperti berikut :-

Yasmin – RM60 21 BIJI (Daily)
NORIDAY- RM95/pcs (28)
RM3.40/tablet (Daily)
MARVELON – RM27/pcs(7)
RM3.90/tablet (Daily)
DEPO INJECTION – RM40 (up to 3 months)
IMPLANON- RM670 (up to 3 years)
IUCD – RM 250 (up to 3 years)

Tetapi perlu diingatkan bahawa setiap kaedah yang dilakukan ini adalah ikhtiar semata-mata tidak menjamin 100% keberkesanannya 🙂

Kongsikan Pedapat Anda

Open chat
1
Ada Pertanyaan?
Selamat Datang ke Klinik Safwa! Boleh kami bantu?